BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 22 May 2011

..aRtiKel..


..PenTingnya aiR untuk KeSihaTan..

Mungkin bagi kebanyakan kita, air seolah-olah tidak memainkan peranan yang begitu penting. Namun pada hakikatnya air, selain oksigen, merupakan bahan yang paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya. Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong  baru-baru ini, hanya 50 peratus daripada mereka yang ditinjau minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang lain-
lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja
.

    Sebenarnya, kita perlu memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air dan menggalakkan kanak-kanak berbuat sedemikian. Amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut akan terjaga.
    
Kita memperoleh air daripada cecair seperti air paip, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita.
    
Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.
    
Jumlah air yang hilang sebagai keringat adalah berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bergantung juga pada suasana sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan. Dalam kegiatan biasa, kita mengeluarkan kira-kira 500-600 ml peluh sehari. Input air perlulah sekurang-kurangnya sama dengan output air. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat, dan kegiatan fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh mereka adalah kecil, mereka akan mengalami pendehidratan yang cepat. Selain itu, keperluan air meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa di luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik yang berhawa dingin.
    
Meminum minuman yang bersih dan selamat adalah penting kerana kebanyakan penyakit adalah bawaan air. Masa yang terbaik bagi kita untuk minum air ialah sebelum kita berasa dahaga.




BeKalan Air di MalaySia..

Pada masa sekarang, bekalan air bersih untuk kegunaan manusia dianggarkan semakin berkurangan disebabkan oleh pencemaran dan permintaan yang meningkat. Malah dianggarkan bahawa punca air bersih mampu mencetuskan peperangan di masa akan datang sekiranya isu-isu ini tidak ditangani dengan cermat pada masa sekarang.

..KriSis BeKaLan Air..


Krisis air merujuk kepada status sumber air  relatif kepada permintaan manusia sejak tahun 1970-an kepada masa kini. Istilah "krisis air" digunakan di seluruh dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menunjukkan situasi sumber air mentah ketika ini. Aspek utama krisis air adalah kekurangan sumber air yang boleh digunakan dan pencemaran air.
Dunia kita mempunyai air bersih yang terhad yang tersimpan di dalam tanah, permukaan bumi dan atmosfera. Masyarakat umum kadangkala tersalah anggap bahawa lautan adalah sumber air sedia ada tetapi mereka tidak memahami jumlah tenaga yang diperlukan untuk menukar air masin kepada air bersih masih lagi sesuatu yang tidak begitu mudah dilakukan. Kerana inilah hanya sedikit sahaja bekalan air bersih yang diambil dari proses penyahmasinan.
Terdapat beberapa manifestasi utama dari krisis air.
  • Kekurangan bekalan air minuman yang selamat kepada lebih kurang 1.1 bilion manusia.
  • Penggunaan air bawah tanah yang boleh menyebabkan kekurangan hasil pertanian.
  • Penggunaan berlebihan dan pencemaran sumber air yang mengganggu kepelbagaian bio.
  • Konflik serantau yang diakibatkan oleh sumber air yang terhad yang boleh menyebabkan perang.
Penyakit yang dibawa oleh air dan ketiadaan sanitari adalah salah satu punca utama kematian di dunia. Untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, penyakit yang dibawa oleh air adalah penyebab utama kematian. Separuh dari pesakit di hospital adalah disebabkan oleh penyakit dibawa oleh air. Mengikut Bank Dunia, 88 peratus dari penyakit disebabkan oleh meminum air yang tidak bersih, kekurangan sanitasi dan kurang penjagaan kebersihan.
Pada mulanya manifestasi dari krisis air tidak begitu teruk tetapi tahap populasi manusia yang semakin bertambah pada abad ke-20 mengurangkan kuantiti air bersih. Ini diburukkan lagi dengan kemarau yang mengganggu keseimbangan bekalan air bersih.

Hutan dan air

Hutan merupakan salah satu ekosistem penting kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian hayat dunia. Kepentingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan lembangan, ekonomi, kepada "Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon dioksida sewaktu proses fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Hutan juga menjadi kawasan tadahan air yang berfungsi antaranya sebagai kawalan banjir.
Malangnya, penyahhutanan hutan tanah tinggi yang berleluasa sekarang bukan sahaja membinasakan alam semula jadi tetapi juga memusnahkan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh mengakibatkan kehilangan sumber air yang berharga. Membinasakan hutan bukit boleh menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak kerana tanpa pokok, sebahagian besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku. Dan tanpa kawasan hutan yang tebal, apa sahaja lembapan yang ada di atmosfera akan terdedah kepada sistem angin yang akan membawa lembapan itu ke tempat lain dan melepaskannya ke laut.

Krisis air di Malaysia

Malaysia bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak. Kedudukannya di garisan khatulistiwa memberikannya hujan sepanjang tahun berjumlah lebih dari 2,000 mm setahun sementara di kawasan pantai timur pula purata sebanyak 5,000 mm. Selain itu Malaysia dirahmati dengan lebih dari 150 buah sungai yang merupakan sumber air mentah utama. Walau bagaimanapun terdapat beberapa krisis air yang berlaku seperti:
  • Krisis air di Lembah Klang 1998
  • Krisis air di Durian Tunggal, Melaka pada tahun 1991
  • Beberapa siri tumpahan minyak diesel ke dalam sungai yang menyebabkan bekalan air terganggu.

Saturday 21 May 2011

..SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN)..


Objektif utama 
Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta IPA 2006 atau Akta 655) adalah untuk :

mewujudkan satu rangka kerja pelesenan dan kawal selia bagi membolehkan usaha‐usaha kawal selia dilakukan berdasarkan objektif polisi nasional  bagi perkhidmatan bekalan air seperti mana yang ditetapkan oleh   Kerajaan. Salah satu objektif polisi nasional adalah untuk mewujudkan suatu struktur perkhidmatan bekalan air yang telus dan bersepadu dalam menyediakan perkhidmatan yang efisien dan efektif kepada pengguna. Pelbagai inisiatif telah diambil bagi menjayakan objektif ini termasuk menstrukturkan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri dan penghijrahan ke rejim pelesenan baru di bawah Akta IPA 2006. Penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air memerlukan sebuah model baru yang mampu merubah industri ini menjadi mapan dalam jangka masa panjang.    Transformasi ini adalah berdasarkan suatu model ringan aset yang direka bentuk untuk memastikan peningkatan penyampaian perkhidmatan ke arah kemapanan ekonomik.    Laporan ini menumpu kepada penilaian prestasi industri di Semenanjung Malaysia dan WP Labuan di sepanjang tahun 2009 berdasarkan teras‐teras berikut : Prestasi Fizikal; Prestasi
Kewangan; Pelesenan, Penguatkuasaan dan Penstrukturan Semula; Standard Kesihatan dan Kualiti; dan Hal Ehwal Pengguna.

        Kualiti Air terawat:
Pematuhan terhadap kualiti air terawat untuk 11 negeri dan Wilayah Persekutuan bagi tahun 2009 menunjukkan bahawa pematuhan bagi sesetengah parameter boleh mengalami sedikit perbezaan disebabkan musim panas dan hujan serta berlakunya kes‐kes gangguan bekalan air. Walau bagaimanapun, ujian terhadap sampel yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati secara keseluruhannya tahap pematuhan kualiti air adalah berada pada tahap baik dan dalam lingkungan pematuhan yang ditetapkan di bawah Standard Air Minum Nasional.   

     Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi: 
SPAN turut mengambil inisiatif untuk menggalakkan usaha‐usaha Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (PPI) dalam memperbaiki dan mempertingkatkan pengurusan perkhidmatan bekalan air dan pembetungan di Malaysia. Sebuah bengkel telah dianjurkan pada bulan Oktober 2009 untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada stakeholders tentang hala tuju strategik PPI yang wajar dilaksanakan. Bengkel tersebut telah mengenal pasti beberapa projek PPI yang perlu diberi keutamaan seperti teknologi pengurangan penggunaan bahan kimia untuk rawatan air, teknologi penebusgunaan dan kitar semula untuk pembekalan air dan pembetungan, pengurusan sisa rawatan air yang berkesan, pengurusan permintaan air dan mempromosikan “Pelan Keselamatan Air” di Malaysia.

    Forum Air Malaysia
Bagi membolehkan dan menggalakkan penglibatan orang awam dalam isu‐isu berkaitan penyediaan perkhidmatan dan kepuasan pengguna, Forum Air Malaysia telah ditubuhkan di bawah Seksyen 14 (1) Akta Persatuan 1966 dan diiktiraf oleh SPAN di bawah Seksyen 69 dan 70 Akta IPA 2006.   Pada tahun 2009, antara aktiviti yang dilakukan oleh Forum Air adalah seperti berikut:
• melancarkan kempen Bukit Larut bersama‐sama dengan FOMCA bagi memantau aktiviti‐       aktiviti berkaitan kawasan tadahan air;
• memberikan maklum balas yang meliputi aspek teknikal dan isu‐isu pengguna dalam
  penyediaan draf Kaedah Bekalan Air dan Peraturan Fi dan Caj;
• memberikan maklum balas dan pandangan terhadap cadangan semakan tarif bagi SAJH pada bulan Oktober 2009; dan
• mengemukakan  input‐input daripada pengguna berkaitan Standard Pengguna.










--Video tentang air--

tidak dapat di nafikan betapa penting nya air dalam kehidupan kita seharian..tanpa air, aktiviti hidup seakan lumpuh...

Saturday 14 May 2011

--Air SumbeR kehiDupan--

Air -sumber untuk hidup


Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.
Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-
Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)
Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji).


sumber-sumber air


Ciri-Ciri Air
Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul  air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen.
Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai elekrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2(oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh dikumpulkan.
Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 105 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub.
Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup.
Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya.
Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan melarut ini.


Sumber air yang perlu di pelihara

Kitaran air ataupun kitaran hidrologi merupakan sains air, kajian tentang air di bumi, kewujudan, kitaran atau taburannya. Ia merujuk kepada pergerakan air yang berterusan sama ada di atas atau di bawah permukaan Bumi iaitu seperti permukaan laut ke udara atau balik semula ke darat atau laut.
Kitaran hidrologi membolehkan manusia memahami kewujudan air atau pengurusannya. Pusingan air secara berterusan ini menunjukkan bagaimana sungai atau cawangan-cawangannya mendapat air. Tiada titik permulaan atau pengakhiran kitaran ini, kerana jumlah air di Bumi sentiasa sama, cuma bentuknya yang berubah.

Keindahan alam semula jadi berasaskan air


Bentuk-bentuk Air

Air mengambil banyak bentuk di bumi: Wap air dan awan di langit, aisberg di laut, glasier di pergunungan akuifer di dalam perut bumi, adalah sebahagian daripada nama air.  Berbanding dengan sebarang cecair lain yang terbentuk secara semula jadi, air boleh melarut lebih banyak bahan. Bahan ini pula mampu dilarutkan dalam kuantiti yang besar. Disebabkan oleh keupayaan ini, air dikenali sebagai pelarut semesta. Keupayaan ini membolehkan tindakan kimia berlaku sama ada di persekitaran akuatik itu sendiri atau lebih penting lagi di persekitaran dalaman, iaitu persekitaran dalam sel tempat sel-sel tumbuhan dan haiwan menjalankan fungsi fisiologi dan pembiakan.