BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 14 May 2011

--Air SumbeR kehiDupan--

Air -sumber untuk hidup


Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.
Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-
Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)
Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji).


sumber-sumber air


Ciri-Ciri Air
Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul  air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen.
Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai elekrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2(oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh dikumpulkan.
Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 105 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub.
Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup.
Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya.
Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan melarut ini.


Sumber air yang perlu di pelihara

Kitaran air ataupun kitaran hidrologi merupakan sains air, kajian tentang air di bumi, kewujudan, kitaran atau taburannya. Ia merujuk kepada pergerakan air yang berterusan sama ada di atas atau di bawah permukaan Bumi iaitu seperti permukaan laut ke udara atau balik semula ke darat atau laut.
Kitaran hidrologi membolehkan manusia memahami kewujudan air atau pengurusannya. Pusingan air secara berterusan ini menunjukkan bagaimana sungai atau cawangan-cawangannya mendapat air. Tiada titik permulaan atau pengakhiran kitaran ini, kerana jumlah air di Bumi sentiasa sama, cuma bentuknya yang berubah.

Keindahan alam semula jadi berasaskan air


Bentuk-bentuk Air

Air mengambil banyak bentuk di bumi: Wap air dan awan di langit, aisberg di laut, glasier di pergunungan akuifer di dalam perut bumi, adalah sebahagian daripada nama air.  Berbanding dengan sebarang cecair lain yang terbentuk secara semula jadi, air boleh melarut lebih banyak bahan. Bahan ini pula mampu dilarutkan dalam kuantiti yang besar. Disebabkan oleh keupayaan ini, air dikenali sebagai pelarut semesta. Keupayaan ini membolehkan tindakan kimia berlaku sama ada di persekitaran akuatik itu sendiri atau lebih penting lagi di persekitaran dalaman, iaitu persekitaran dalam sel tempat sel-sel tumbuhan dan haiwan menjalankan fungsi fisiologi dan pembiakan.


0 comments: