BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 21 May 2011

..SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN)..


Objektif utama 
Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta IPA 2006 atau Akta 655) adalah untuk :

mewujudkan satu rangka kerja pelesenan dan kawal selia bagi membolehkan usaha‐usaha kawal selia dilakukan berdasarkan objektif polisi nasional  bagi perkhidmatan bekalan air seperti mana yang ditetapkan oleh   Kerajaan. Salah satu objektif polisi nasional adalah untuk mewujudkan suatu struktur perkhidmatan bekalan air yang telus dan bersepadu dalam menyediakan perkhidmatan yang efisien dan efektif kepada pengguna. Pelbagai inisiatif telah diambil bagi menjayakan objektif ini termasuk menstrukturkan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri dan penghijrahan ke rejim pelesenan baru di bawah Akta IPA 2006. Penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air memerlukan sebuah model baru yang mampu merubah industri ini menjadi mapan dalam jangka masa panjang.    Transformasi ini adalah berdasarkan suatu model ringan aset yang direka bentuk untuk memastikan peningkatan penyampaian perkhidmatan ke arah kemapanan ekonomik.    Laporan ini menumpu kepada penilaian prestasi industri di Semenanjung Malaysia dan WP Labuan di sepanjang tahun 2009 berdasarkan teras‐teras berikut : Prestasi Fizikal; Prestasi
Kewangan; Pelesenan, Penguatkuasaan dan Penstrukturan Semula; Standard Kesihatan dan Kualiti; dan Hal Ehwal Pengguna.

        Kualiti Air terawat:
Pematuhan terhadap kualiti air terawat untuk 11 negeri dan Wilayah Persekutuan bagi tahun 2009 menunjukkan bahawa pematuhan bagi sesetengah parameter boleh mengalami sedikit perbezaan disebabkan musim panas dan hujan serta berlakunya kes‐kes gangguan bekalan air. Walau bagaimanapun, ujian terhadap sampel yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati secara keseluruhannya tahap pematuhan kualiti air adalah berada pada tahap baik dan dalam lingkungan pematuhan yang ditetapkan di bawah Standard Air Minum Nasional.   

     Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi: 
SPAN turut mengambil inisiatif untuk menggalakkan usaha‐usaha Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (PPI) dalam memperbaiki dan mempertingkatkan pengurusan perkhidmatan bekalan air dan pembetungan di Malaysia. Sebuah bengkel telah dianjurkan pada bulan Oktober 2009 untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada stakeholders tentang hala tuju strategik PPI yang wajar dilaksanakan. Bengkel tersebut telah mengenal pasti beberapa projek PPI yang perlu diberi keutamaan seperti teknologi pengurangan penggunaan bahan kimia untuk rawatan air, teknologi penebusgunaan dan kitar semula untuk pembekalan air dan pembetungan, pengurusan sisa rawatan air yang berkesan, pengurusan permintaan air dan mempromosikan “Pelan Keselamatan Air” di Malaysia.

    Forum Air Malaysia
Bagi membolehkan dan menggalakkan penglibatan orang awam dalam isu‐isu berkaitan penyediaan perkhidmatan dan kepuasan pengguna, Forum Air Malaysia telah ditubuhkan di bawah Seksyen 14 (1) Akta Persatuan 1966 dan diiktiraf oleh SPAN di bawah Seksyen 69 dan 70 Akta IPA 2006.   Pada tahun 2009, antara aktiviti yang dilakukan oleh Forum Air adalah seperti berikut:
• melancarkan kempen Bukit Larut bersama‐sama dengan FOMCA bagi memantau aktiviti‐       aktiviti berkaitan kawasan tadahan air;
• memberikan maklum balas yang meliputi aspek teknikal dan isu‐isu pengguna dalam
  penyediaan draf Kaedah Bekalan Air dan Peraturan Fi dan Caj;
• memberikan maklum balas dan pandangan terhadap cadangan semakan tarif bagi SAJH pada bulan Oktober 2009; dan
• mengemukakan  input‐input daripada pengguna berkaitan Standard Pengguna.










0 comments: